PROJECT #9 : SHIRRED DRESS UNTUK BUDAK 3-4 TAHUN

Percubaan untuk menjahit sleeveless shirred dress untuk budak.

PROJECT #8 : BAJU KETIGA, KURUNG KEDAH

Baju kedah yang berjaya dijahit!

PROJECT #7 : BAJU KEDUA KELAS JAHITAN!

Blaus berkolar lurus.

PROJECT #6 : KELAS MENJAHIT BAJU PERTAMA!

Baju pertama yang berjaya dihasilkan!

Stop Animal Abuse In Malaysia

Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Tuesday, December 13, 2011

Project #9 : Shirred Dress Untuk Budak 3-4 tahun


Aku ada dengar pasal teknik shirring ni, senang katanya.. so, cuba2 la experimen. Guna kain kapas (Misaki Cotton) dan jahit baju budak berumur 3-4 tahun. Sayangnya masa guna tracing paper, bekas tu tak hilang. Maka baju ni akan aku simpan untuk anak aku di masa hadapan... takkan nak jual baju reject.. ish ish... Aku rasa baju ni tak susah nak buat dan tak panas.. kain kapas, tak berlengan dan comel. Tapi mungkin agak ringkas. Nanti aku fikirkan macam mana nak olah biar lebih comel.


Project #8 : Baju Ketiga, Kurung Kedah


Setelah bertungkus lumus menjahit blaus berkolar lurus, kali ni santai sikit menjahit baju kurung kedah. Terus terang aku katakan, bila dah menjahit blaus berkolar lurus.. jahit baju kurung kedah ni rasa santai yang teramat sangat. Ni pun ada kemalangan sikit, betul2 giliran aku jahit tepi baju ni.. mesin jahit tepi tu habis benang .. basi dah dimakan (kena potong mesin tu).. tapi jahit tepinya tak jadi. Cikgu Zuraidah pun tolong tukarkan benang baru tapi tak boleh gak (benang sepatutnya tak ada masa tu).. maka, dua kali kain aku kena makan. Pulak tu kat sambungan badan ke tangan yang berbasi 1/2 inci.. bila hantar kedai.. dah takde basi dah.. maka, terpaksala jahit kedalam sikit. Nasib baik baju kedah, bahu kat bawah sikit. Kalau baju lain yang bahu tepat di bahu, memang cacat la sikit. Mesin tu memang sengaja nak menduga aku. Mesin jahit yang aku guna untuk jahit kain pun emo pulak kat aku masa tu. 15 minit sebelum tu ok jek, lepas tu tiba2 top stitch longgar.. pening kepala.. Sabar aje la.. buat baju kena sabar... (Lagipun aku berkenan sangat kain yang aku beli untuk buat baju dan kain tu hehehehe).

Ni dia baju yang dah siap, boleh buat baju raya ni heheheh..


Project #7 : Baju Kedua Kelas Jahitan!

Diam tak diam ambik masa sebulan jugak nak siapkan satu baju, yela... kelas seminggu sekali dan aku ni pulak bila buat pola memang perlahan sikit.. takut sangat silap. Semangat nak buat baju kedua! Blaus Berkolar Lurus. Nak buat pola tu tak de susah mana, macam buat blaus kolar bulat cuma cara gunting kain lain sikit. Tetapi, bila nak jahit sambung kolar ke badan... @.@ berpinar mata.. jahit sini sampai sekian lepas tu jahit situ sampai sekian... kalau aku nak jahit baju ni lagi kena baca buku tu balik dari A sampai Z. Ni la dia hasil yang siap itu..

Yer, makcik dah bolat.. hahahahaha ..




Monday, December 12, 2011

Project #6 : Kelas Menjahit! Baju Pertama!


Setelah sekian lama terperap di rumah selepas menjalani pembedahan dan berhenti kerja.. aku dok fikir apa nak buat lepas ni...

Nak cari kerja baru? Tua2 begini? Leceh dan malas........ aku nak kerja sendiri! Cari punya cari, aku buat keputusan untuk ambil kelas menjahit. Kenapa aku tak belajar dari dulu? SEGAN. Kenapa aku tak ambik kursus fashion design masa muda2 dulu? TAK RETI MELUKIS. Memang aku hampeh tang melukis.. malu bila tengok. Adala beberapa cubaan dulu2..takde yang perfect.. boleh dipakai tapi.. ishh.. x cukup cantik jahitannya.. tak kemas. So, aku pun survey2.. jumpa PUSAT JAHITAN & SENIREKA CEMERLANG ( http://kelas-jahitan.blogspot.com/ ). Mula2 takut gak, manala tau mahal.. tapi bila call, takde mahal sangat.. RM160 sebulan, anggaran 3-4 bulan untuk 10 jenis baju (aku amik JahitanPakaian Wanita).


Luckily aku dah berjinak2 sikit dengan seni jahitan, (ceh.. seni konon..) :P .. so, adala baca pasal buat pattern, ukuran tapi tak tau exactly macam mana. So, pergi kelas dia ajar step by step. Bagus! Itu yang makcik suka. 1st baju, blaus kolar bulat. Straight cut, simple dan takde dart. Heh, baju 1st aku dah wat silap jahit leher.. tetas dan gunting, buat pola baru untuk leher.. haha

Dan jeng jeng..Ni la baju pertamaku..



Nampak cantik kat penyidai kan? Kalau warna gambar ni dgn yang bawah ni lain sebab kamera lain.. Atas ni guna nokia.. bawah ni guna Xperia Ray. Kenapa aku pilih fabrik tu? Entah.. tengok macam cantik, bila jadi baju.. @.@ ...






Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More